Followers

Sunday, 6 January 2013

Unta Merah

Hantar unta merah service tu perkara dah biasa, dulu kini dan selamanya. Semalam ajak anak bujang teman sebab hantar di luar kawasan dan bukan ke Service Center (SC) seperti biasa. Malas dah kadang2 fikir asyik campak ke Honda RM, RM, lepas tu, dia kata ini pulak kena tukar. Asal dapat resit je mesti ada list to do kat nota kaki. Ingat aku cap duit atau petik daun jadi duit ke apa. Semalam dah tukar driveshaft yang asyik berbunyi bila pusing stereng ke kiri terutama time nak parking. Berjam jugaklah dok menunggu sebab tak matching lah pulak. Rupanya kawan sekerja yg tukar kat tempat sama hari tu model dia lain sikit so lainlah sikit drive shaftnya. Foreman baru tau. Iskkkk....
kalau tak sendiri bawa kereta utk servis memang tak tahu apa ke bendanya driveshaft

Dah tukar driveshaft barulah foreman cakap minyak gear sikit sungguh. Terkejut badak...baru bulan lepas hantar ke Honda minta dia check thoroughly, tinggal kereta 3 hari lagi tu, saja nak dia solve the problems yang dok terasa bila memandu (mentang2lah aku ni jahil part kereta2 kan). Rupanya........minyak gear dia tak tengoklah kan. Hanginnnnnn tapi serah balik kepada yg Maha Esa, Sabar, sabar.....selagi boleh bersabar. Walhal rasa nak telefon je Tokey SC ni, bukan tak pernah buatkan bila naik hantu. Foreman cina ni pun top up minyak gear. Dahlah kereta jenis ni sensitip part gear ni. (Ya Allah sudah-sudahlah tu buat hal unta merah oiiii).

So pengajarannya,.....jangan percaya sangat dengan SC kononnya imported car sangat  tu.(Masa ni terasa, Myvi pun dah heaven, spare part murah, kurang ragamnya, cilok sana sini pun, ada aku kesah). Tu belum lagi dengan mekanik-mekanik muda chet chet hat macam baru habis sekolah. Kadang-kadang cuak sungguh nak lepas kereta kat depa. Tolak gear macam main game kereta kat supermarket. Pernah tester minyak hitam patah sekerat depa boh gam saja cantum balik. Syukur pi kat SC lain, masa tarik nak test minyak, part cantum tu tercabut. (Wah makin banyak ungkitan, part ni rasa macam jadik je nak call tokey SC tu esok).

Ok dah habis tukar driveshaft kena serbu kedai tyre lah pulak, alignment dah lari.  Ni satu cerita dan kisah yg buatkan hangin sampai kepala nak meletop pun rasa. Hangin dengan orang bodoh atau terlebih cerdik tak tau lah. Buat kerja suka hati sampzi unta merah kena block dengan kereta lain yang dah di buka tayar kiri kanan, so tak boleh keluar. 4 jam buat alignment dan balancing kereta. Gila ke apa?. Dah tak boleh keluar, pandailah sangat depa, jack pulak belakang unta merah sambil tolak depan kereta ke kiri, nak anjak kereta bagi boleh keluar. Masa ni memang rasa nak baling tools bagai kat budak2 muda + owner worksyop entah Dato' apa namanya. Seriously macam &^%$, dah kena block, unta merah pun bukannya rosak so tunggulah sampai kereta yg block tu dipasang balik tyre so keluarlah. Memang pun dah lama menunggu (sebotol air mineral pun tak bagi, sib baik depan tu restoran) tapi janganlah melingkupkan pulak my car dengan tolak tolak macam tu. Sekali lagi terpaksa bersabar dan serah segala-nya pada kepada yg Maha Kuasa. Moga apa yg berlaku ada kebaikan tersembunyi. So semalam habis sehari dok layan unta merah dan orang yang mendukacitakan. 
Unta merah ni banyak berbakti sebenarnya termasuk bawa si kelabu asap ni pi klinik, kelabu asap ni kalau buka pintu kereta dia panjat dulu dan golek2

Coretan yang patut masuk hari ini dalam sejarah. Esok2 baca boleh ingat unta merah punya ragam.
Phewww...awal tahun pulak tu.

Nota kaki: Driveshaft local, kalau nak hat ori kena order, pochikkkk! dah buka semua benda kereta dah tak leh jalan kurun bila nak dapat order itu. Ni gara2 my car rupanya lain driveshaft dgn my friend's car. Ni keburukan bila tak pi service center, btw harga sangat memadai.