Followers

Saturday, 9 June 2012

Milford Sound

Adeiiiii....seksa juga nak update blog ekk. Malas pun ada terutama part upload gambar. 
Kalau tak tulis macam tak lengkap pulak diary perjalanan ke NZ, at least ada juga catatan ringkas, nanti tak lupa, sekurang-kurangnya.
Source: HERE
Jom sambung perjalanan kita. Kan dalam 4 hari di Queenstown kami ke Milford Sound. Sehari suntuk. Bus ambil kami di depan I-site Queenstown. Tak tahu pun tukar waktu sebab tak buka email, kami ingat dah kena tinggal. Nak nangis rasanya dan dalam hati fikir juga, takkan dia orang ni tak tepati masa, takkan lambat pulak. Tambang tak boleh blah $120 seorang, cer darab 2.5 untuk RM. Nak kata kena tinggal sebab tak cam bus, rasanya semua bas yang lalu kami pandang, tengok signboard. Siap tanya orang lagi. Syukur bus datang, lewat 30 minit, sepatutnya 6.30 pagi. Since dah nak hampir summer, 6.30 tu dah terang benderang. Bus yang datang semuanya penuh je. Walhal bukan musim cuti sekolah di sana. Kiranya Queenstown ni sepanjang tahun hidup je tourism dia orang.
sejuk masa ni, siap dengan glove bagai, angin pun kuat

masa pagi nyaman, masa balik, bahang, cahaya dari bumbung,
Ini bus nya. Ni masa dah nak sampai Milford Sound. 2nd driver, kurang bercakap, drive masa balik, penumpang dah letih-tidur, dia pun bosan. bus macam kat Msia juga cuma bumbung cermin.



Sepanjang jalan dari Queenstown lalu Lake Wakatipu yang bengkang bengkok jalannya. Lepas Lake Wakatipu jumpa Devil's staircase ni, memang jalan selekoh tajam. Tapi local people ni laju juga drive. Kawasan kerap berlaku accident kata driver bus.

Banyak sungguh tasik di New Zealand. Masa sekolah rendah dulu pernah tiru lukisan tasik di New Zealand yang ada dalam Atlas. Tak sangka sampai juga ke negara paling bawah di peta dunia.

Nak ke Milford ni kena sampai Te Anau dulu. Tak ingat berapa jam nak sampai Te Anau, jauh juga. 

tak sempat pusing kawasan Te Anau, bus stop sekejap utk beli minuman atau nak ke toilet
sempat jalan sikit je kat depan kedai-kedai di Te Anau, tak sempat nak ke Tasik Te Anau di belakang rumah tu
senang bela....makan kenyang lena, kecik2 dulu pun macam tu juga. iskkkk rugi tak tengok pemandangan cantik

susah nak jumpa rumah sepanjang jalan, ladang je

awan nano
sana sini, view lebihkurang sama, tapi cantikkkkkk!

View sangatlah cantik. Sampai habis bateri camera kami kerjakan. Hambik! Dah lah takde bateri spare. Kamera compact satu lagi jadi mangsa, kamera lama, tak puas hati sebab screen kecik so tak nampak cantik ke tidak gambar. Hampir nak sampai Milford, bateri yang ni pulak habis. Ada ler satu group makcik pakcik dari Melaka duduk depan kami, riuh rendah, asal nampak ladang lembu, biri-biri je sampai bangun dari seat nak ambik gambar, lepas tu tak larat dah nak bangun sebab sepanjang jalan asyik ladang jer, hehehe. Depa pun risau kalau bateri kong, hahaha, ada 5 orang tu, 5 kamera, berapa ribu lemon gambar depa ambik?

cantikkan rumput ni, memang banyak

Homer Tunnel, sempit je dan tak nampak apa dlm tu, takde lampu. Rasanya satu kenderaan je kot boleh lalu dlm satu masa. Tak faham dia org ni banyak sungguh jambatan dan terowong muat satu kenderaan je---satu lorong je ada

kalau sendiri drive memang letih, masa bila nak tengok view kiri kanan, jalan naik turun bengkang bengkok
The Chasm, hijau semulajadi, nyaris tak kena tinggal bus, asyik stop bergambar, teruja dengan kecantikan alam, pokok berlumut. Perjalanan ke Milford singgah merata, balik bus jalan terus tak stop mana kecuali Te Anau
Mirror Lake

masa ni driver suruh siapkan botol air, ambil je minum, air dari gunung katanya, mineral water

milford sound, cruise ni takde menda sangat, ada yg kata boring tapi kami yang tak pernah sampai, mestilah excited, sepanjang ccruise ini je lah yang ada, seal lion tak nampak, dolphin pun ntah ke mana; nampak vontot orang je sebab cruise kami tengahari, ramai orang.

ada kopi free,  lunch food kena beli, ada vegetarian food, biasa lah kami, bawa hot cup maggi, ada air panas dalam ni.

samsung tablet punya kamera, color semacam, tak ceria langsung, uhukkkk.....ini je kamera yg ada since yang lain lain bateri dah kong.
Depan sana Tasman Sea, katanya Abel Tasman sampai sini dulu, lekatlah nama dia

sila bawa baju hujan ye, basah. kalau boat kecik lagilah ke bawah air tu sampai. perasan tak terangkat rambuut minah salleh tu, angin kuat. syukur cuaca cantik, tak hujan. kalau tidak tak nampak apa.

2 comments:

  1. WAAAAAAAAAAAAH! Serious cantik permandangan sana. Dari padang, rumput, gunung ganang, sungai.. laut. Rasa nak pi duduk sana!

    Kalo jadi kat saya kes bateri tu, tak tau la nak cakap. Bad mood sepanjang hari kot :D

    ReplyDelete
  2. kamera aida canggih, haruslah nangis sepanjang jalan, hehehe
    rugi kan terlepas peluang ambil gambar. kadang tu terasa yang mata kita ni merakam view cantik sebanyak yg boleh

    ReplyDelete