Followers

Friday, 15 June 2012

Skyline Gondola -Last Day in Queenstown

Sebelum sambung jalan ke destinasi seterusnya, jom tengok apa yang perlu ambil kisah bila terima kereta sewa.

nampak tak calar teruk bawah bumper? hmmmm kami sedar bila dah sampai hostel, patah balik ke tempat ambil kereta, nasib depa belum tutup, minta depa tick kat resit yang kami pegang, jangan masa drop off depa kata kami yang calarkan. walaupun insuran ambil zero excess tapi beringat sebab tak nak kecoh-kecoh.



banyak catatan sejarah NZ dengan gambar di dinding hostel. Hostel ni dekat juga  dengan bus stop dan kedai, jalan sikit menghala ke Skyline Gondola tapi kurang sesuai untuk family, sebab ramai anak muda dari merata dunia dan ada waktu-waktu tertentu bising kat dining hall dengar sampai ke bawah-bilik kami. Bilik pula sempit nak solat pun kena hadang depan pintu, itu je ruang yang ada.



kitchen ni ada waktunya padat dengan chef, luas, ada dua kitchen di hostel ni.  suka kerusi/ meja kayu ni



reception, jalan depan tu menuju ke Gondola Centre



kiwi centre, kami tak masuk pun, sebelah je dengan gondola

rata-rata yang naik atas mesti ambil gambar ni, view pekan Queenstown

Gondola, bawah tu track luge

luge, sekali naik $10, rasanya muat badan saya je, tak naik pun.


Mini Golf


mereka ni aktiviti lasak banyak sungguh, cycling dari atas, nak naik balik ambil gondola

Aktiviti kami sebelum keluar dari Queentown menuju ke Arrowtown pada hari keempat adalah menuju ke Skyline Gondola. Mulanya tak nak pergi, sebab tak minat pun nak naik luge bagai tapi apa kes kan, datang tak merayau tempat orang. Jadi naiklah juga. Ambil tiket naik atas je, untuk luge ambil kemudian bila sampai atas kalau decide nak naik. Dah penakut tinggi memanglah gayat tapi tak sehazab naik Gunung Mat Chincang, Langkawi.

5 comments:

  1. Uiks! Nasib baik sedar awal ek, kalo tak.. haru jugak bila tetiba je diorang cakap calar tu kita yang buat.

    By the way, kat sana drebar sebelah kiri ke kanan ek?

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan untuk Rainini sekeluarga!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Amboi.. lama menyepi ye? Sah dok beraya sakan ni :D

    Selamat hari raya Aidil Fitri buat Rainini sekeluarga. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      huhu mati kutu sebab tu lama menyepi, malas menulis pun ia.

      Delete