Followers

Wednesday, 23 May 2012

Queenstown Yang Menawan

Siapa pun kalau ke Queenstown pasti suka. Saya sangat suka sebab bandar pekan ni walaupun kecik je tapi happening, view memang cantik. 3 hari di sana tak cukup. Kami bertolak dari Dunedin lebihkurang 1.00 petang, perjalanan merentas gunung ganang. Kalau memandu kereta elok ambik kereta yang enjin power sikit, kalau budget ala-ala kancil mau menderum naik gunung. Lebihkurang 5 jam perjalanan.View sepanjang jalan bertukar, dari padang rumput hijau ke tanah berbatu besar, kemudian ada sungai pula dengan snow capped mountain lagi. Cantik! Mengantuk tak jadi pejam mata.



rupabumi pelbagai bentuk tapi hijau tu yang best


 jenuh tekan minyak panjat gunung cross dari Dunedin ke Queenstown


sampai kawasan rumah di Alexandra; mesti slow, 70km/j atau 50km/jam, jangan cari saman :))
Rumah dia orang comel, suka, suka....

Sampai Queenstown dah 6.00 lebih tapi since hampir summer, malam hampir jam 9.00. Sampai sini, biasalah keluar merayau dulu. Kalau boleh nak explore semua tempat jam jam tu juga. Tapi sempat ke satu-satunya pasaraya yang kecik je di sini, Four Square. Kedai dan hostel dekat, jalan kaki sana sini dah sampai. Tak kiralah cuaca sejuk pun, redah.

Sejuk pun masih pekena aiskrim lagi kat Patagonia. Kedai ni mengadap Lake Wakatipu. Kalau dari pagi sampai jam 7 petang memang penuh sebab masing-masing nak guna wi-fi free. Kat NZ ni internet mahal, kalau kat hostel $2.50 utk 15 minit kalau tak silap. Hazab kan.

Esoknya hari kedua, kami ke Milford Sound sehari suntuk. Nanti masuk dlm post lain trip tu. Hari ketiga di Queenstown pula, kami layan Million Dollar Cruise. Beli online tiket, dapat diskaun, harga jadi $10 ke $15. Cruise sejam lebih.






Bot penuh dengan makcik pakcik pencen. Kami dan seorang wanita dari China je kot yang nampak muda, hehehe. Kapten cruise ni kenal orang Malaysia; cara kita bertudung. Dalam bot sukahati nak duduk mana, kat luar bot pun ada kerusi, kat bumbung pun boleh. Angin kuat dan sejuk. View memang cantik dengan orang berkayak lawan angin lagi. Bertuahnya mereka dapat beriadah di tempat cantik dan bersih macam ni. Sepanjang cruise cuaca elok tapi lepas tu hujan lebat. Since cruise ni sebelah pagi, rasanya yang cruise petang jam 1 lebih tu tak jadilah sebab hujan. Kami tengok bot pun tak bergerak.

Bila hujan berhenti kami pun ambik kereta sewa. Perjalanan mesti diteruskan. Kami ke Glenorchy. Ya saya jatuh hati dengan Glenorchy. Sangat cantik. Mungkin sesetengah orang tak suka tapi saya suka sebab kawasan ni hanya ada beberapa rumah je, penuh dengan ladang ternakan lembu dan biri-biri yang dibelakangnya gunung bersalji. Baru dunia kan, macam mana lah cantiknya syurga. MasyaAllah.
















2 comments:

  1. memang teringin nak pegi tapi belum tertunai lagi hasrat dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ina, dah simpan dalam hati InsyaAllah one day pasti tertunai.

      Delete