Followers

Wednesday, 30 May 2012

Glenorchy

Glenorchy tempat yang tak jauh dari pekan Queenstown. Lebihkurang 45 minit memandu. Tak ada public transport untuk ke sana. Kalau ambil tour mahal, biasanya ada tour untuk macam macam pakej seperti Lord of The Ring Tour, Horse Riding. Nak baca lebih lanjut sila klik  SINI . 

Kami hanya melalui tempat ni sampai ke hujung kawasan, lepas tu laluan jalan dah tak elok, berbatu sahaja, bukan laluan tar lagi. Kami berpatah balik. Masa ke sana dah petang, lepas hujan dan pagi kami dengan Million Dollar Cruise. Cukuplah 3 jam lebihkurang habis masa untuk trip ke Glenorchy. Singgah tepi jalan ambil gambar dan beli walnut. Itu je. View sangat cantik. Me likey !

Layan gambar je lah ye.
icon Glenorchy, nampak tak jetty belakang tu. kami lupa nak ke sana, sengal kan, jauh-jauh sampai. berhenti sekejap je. bila tengok gambar kawan lain barulah teringat, punyalah cantik view dari jeti dengan di belakangnya snow capped mountain dan Tasik Wakatipu.


Bawah ni gambar dari link di atas, gambar jeti. Terasa kalau ke sana lagi mesti pergi jeti ni macam kalau ke Dunedin mesti pekena Angus Burgh lah kiranya. Phewww.....

See ! wa tak tipukan. Cantiknya Lake Wakatipu dengan gunung tu. Gambar copy dari website di atas. Huwaaaa.... nak nangis, dah miss tempat ni. Kan best kalau dapat bergambar atas jeti tu sambil lompat bintang.
Gambar lembu ni diambil nak tunjuk kat ayah. Nak bawa balik lembu tak boleh. My dad sejak muda bela lembu, cuma sekarang terpaksa stop, he is 70's, lutut dah sakit teruk dan sebab lembu dah kena curi berbelas ekor juga so kami kata tak usah bela lagi, bela teruk-teruk bila hampir hari raya , lembu hilang. Kat NZ bersepah lembu tak hilang pula kan.

Lembu lagi

Kalau nak mandi air sejuk Lake Wakatipu boleh singgah Wilson Bay, nak berkelah pun ok

inilah jalan ke Glenorchy, naik turun bengkang bengkok bagai ular kena palu. kereta laju-laju juga. kita ni je yang pandu berhati hati takut juga ada yg report dan kena saman. Lagi pun jalan selekoh merbahaya.


Cantik!

MasyaAllah. Mata tak letih melihat alam semulajadi yang bersih

Mihi-mihi, everywhere
singgah sekejap beli walnut, jenuh nak kokak kulit keras tu

Dah nak sampai semula pekan Queenstown, nampak kapal arang batu Earnslaw. Kalau nak cruise ke satu farm yang cantik boleh ambil ni tapi harga cruise mahal juga, boleh check grabone.com atau bookme.com untuk diskaun

2 comments:

  1. Rainini,
    Wah CANTIKnye! Kalo saya pon mesti rindu nak pergi sana semula kan? Such a blessing to able to chill out with the wonderful nature.

    ReplyDelete
  2. sis aida

    sana sini memang cantik, tak jemu mata memandang, tapi kalau org yang suka shopping, kata boring. kalau budak2 pun mereka cepat boring.

    ReplyDelete