Followers

Monday, 21 May 2012

Christchurch ; AAX

Jom kita coret sikit kisah ke New Zealand. Untuk selak dan baca kemudian hari.  I'm getting old, asyik lupa je. Kalau teringat nak buat sesuatu, jam jam tu juga kena buat. Kalau tidak berlalu macam tu saja, tanpa disedari. Sometimes, boleh tertanya, apa nak buat tadi ekk? Boleh termangu sekejap dan fikir balik. Oh My!! Benda benda fakta ni lagilah lupa, masa bila, kat mana. Iskkkk....Kadang-kadang teringat tentang kematian. Takut.......

NZ ni idaman sejak sekian lama, hehehe.......Bila Air Asia launched route ke sana, sanggup tu bangun subuh awal sangat-sangat, sales started at 7am (melampau kan kerana nak book tiket punya pasal). Memang harga murah tahap gaban tapi masa tu tak yakin boleh pi tidak jadinya tak beli tiket balik. Pendek akal betul, habis karan je bangun terlebih awal. Bila dah hampir sampai masanya baru meroyan cari tiket, hambik, semua harga balik mahal. Tapi kalau keinginan tu dah bersarang dalam hati, usaha tangga kejayaan!


Tak nyenyak, takde maknanya hot seat tu, nak lelap silalah ambil premium seat

Flight AAX ke CHC berlepas dari LCCT  pagi. Keluar dari rumah sebelum subuh. Kat LCCT ada surau bagai tapi LCCT toilet ni kotor lah. Tak suka, tak suka! Tapi terpaksa juga guna. Flight berlepas ikut jadual. 

 
 tak tahulah dah sampai mana, jam pun mengong dengan date sekali tak betul
Cantik!!!

Sampai di CHC dah gelap gelita. Since dah dekat jam 12 tengah malam kami melangu kat airport sampai pagi. Pagi hostel's transfer datang ambik. Tapi sangatlah lambat, dekat jam 10 pagi. Dia siap tunggu hantar orang sekali utk ambil kami. Kat luar punyalah sejuk, 7Celcius, padahal dah nak summer ni. Yang duduk kat rumah asyik siang malam pasang aircond pun kalah menggigil-gigil.. Saya lagilah kalah.


Airport ni kecil je, kat arrival lengang. Balik balik muka sama je sampai ke pagi. Siapa nak tidur pandai-pandailah cari tempat tapi bila nak cerah dah kena kejut dengan pekerja airport. Agaknya orang dah mula masuk area tu, tak elok kan sana sini bergelimpangan orang tidur.

Pesanan tuan rumah sila baca

Dah sampai hostel takkan nak bantai tidur pulak. Haruslah marayau jalan jalan cari pasal makan. Badan rasa melayang-layang sebab dalam flight tak boleh tidur tapi dek kejakunan lihat tempat baru, dalam sejuk yang amat pun berjalan juga. Kereta belum sewa so ambil public transport ke shopping mall. Sebelum ambil bus sempat merayau kat Hagley Park. Masa balik sesat dalam park yang luas ni sebab tak boleh cam. Anak pula geram je tengok sana sini padang bola luas dan hijau. Member kaki bola. Kat sini padang berebut. Walhal Msia dan NZ ni lebihkurang sama saiz je. Fikirkanlah kenapa. Pembangunan dari sudut apakah yang ada dalam negaraku ini : ((

boleh buat landing; rumput menghijau bersih tak ada sampah
Kaki macam nak melecet pun ada masa balik melalui park ni sebab sesat. Sampai hostel mula masak sempoi-sempoi dan malam tu tak boleh lena sebab tempat baru. Keadaan yang cukup tak suka bila sampai tempat baru, kat mana pun. Lagi pun keesokannya nak ambil bus ke Dunedin, takut terlelap sebab letih sangat kang terlepas bus. Jadi tidur-tidur ayam je lah. Kenapa tak sewa kereta? Tak sewa sebab tak tahu keadaan di sini macam mana. Hmmm....CHC City ni agak sibuk . Kereta pun banyak. Masa berjalan tu ada juga nampak kereta laju ada yang kena honk sebab jalan tak boleh masuk, masuk juga. Lagi satu nak turn pelik sikit, walaupun turn orang lain, kita pun boleh juga turn dalam masa sama. Cuak!. Saman mudah dapat tau kat sini. Pantang silap. Sediakanlah budget NZD 300 kot-kot kena saman.


Kami ke Dunedin esoknya, tak tahu kenapa sampai 3 hari di Dunedin. Merayau sana sini. Yang pasti Dunedin ramai student Malaysia, ambil TESL pun ramai. Yang pasti juga asyik asyik melantak Angus Burger yang sangat marvelous itu. Boleh tu tanam hasrat kalau pi lagi NZ mesti pi Dunedin sebab burger ni je.

 Berbaloi!


Dah lah mulut tu comel cam kaloi



standard view di Dunedin, padang hijau + building berukir 



 melayu dan nasi tak dapat dipisahkan; beriani tu



sepanjang jalan tak larat dengar, budak ni merungut tak dapat main footbal lebih semingggu.
Veranganlah tu
Dunedin ni kalau memandu ke sana 2 hari pun cukup untuk merayau. Tempat menarik Portabello, tengok Albatross, penguin. Railway Station tu tempat tumpuan nak ambil gambar. Muzium pun ada dekat Otago Uni. Botanic Garden tu mana mana pun ada. Memanglah cantik sebab cuaca sejuk nyaman je semua menghijau. Kami ke kilang Cadbury tapi setakat beli coklat je, harga sama je dengan pasaraya kat sana. Tak masuk dalam kilang pun sebab kat Malaysia pun selalu masuk kilang. Malas dah nak bayar mahal-mahal sampai berbelas dollar.




Nota:
Hostel: banyak di Dunedin, yang OK antaranya Central Backpackers, Kiwi's Nest, mudah bergerak sebab dalam city; kelebihan tinggal di hostel-boleh  masak. Ada bilik utk 2 org, dorm utk 3, 4 atau 6 org
Public Transport: ada bus yang mudah dan punctual
;
;

2 comments:

  1. Ainini,
    Mak ai! Besor benor burger nye! Mesti sedap gila sampai nak makan lagi kalo ke sana. Hehe!

    Serious cantik NZ! Suke tengok bunga2 kat park tu, aman je rasa :)

    Hmm.. NZ kan femes dengan bungee jump. Ada yang terjun tak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe....aida
      kalau saya buat bungee confirm laju jer jatuh, muatan berlebihan.
      tak buat, bab tinggi2 ni takut-gayat.

      Delete