Followers

Monday, 9 April 2012

Dah lama dah

Dah lama dah saya nak kurangkan berat
tak turun turun
kalau turun pun sekejap je
Tahun lepas paling banyak turun
Hampir 10 kg
Itu pun selepas catu sana sini
Macam orang kebulur pun ada
Hazab giler okeh
Bayangkanlah berjalan berkilo kilo meter
umpama bakar kalori hanya sebiji roti canai
Marahkan........
Kalau boleh jogging sehari nak kurus terus
jam jam tu juga

Tapi bila dah pi makan angin
Naiklah balik
Nama pun makan angin kan, belum lagi campur makanan lain
Nak-nak makan angin di Terengganu
Entah berapa kilo tepung ubi/sagu masuk perut

Minggu depan ke KT lagi
dalam kepala ni dah fikir
luggage max 25 kilo,
baju untuk 4 malam
koman2, 8 pasang je,
kokak2 10 kilo baki tu khas untuk kopok lekor
harap2 sampailah ke Bkt Tok Beng
Yang dikhabarkan ada keluaran kopok sedap tu

Fuhhh
kalau bab makan pemikiran jauh ke depan