Followers

Tuesday, 31 January 2012

Kes 1; Sengal

Minggu lepas ada 1 kes
Perbincangan di bilik Sokongan Keluarga antara 3 pasang mata

Mr P:  Ni hah semua hutang-hutang saya, tengok surat ni, sebab RM 1/2 juta ni saya terpaksa turun naik mahkamah tuntut partner bisnes saya bayar balik, bla, bla, bla.....ni kereta saya nak kena  tarik, bla, bla, bla...., anak saya tiga, belanja tu, belanja ni, bla, bla, bla....

Puan Pengantara:   *mendengar dan sekali sekala soal Mr P*

Mrs T:  *pandang arah lain-tunggu turn*

Puan Pengantara : OK Puan, turn Puan cakap

Mrs T : Saya datang sini nak belanja anak saya bukan nak dengar masalah dia. Nak ke masalah saya diceritakan juga di sini? Ingat saya tak ada masalah duit ke? Tanggungjawab dia yang bayar belanja anak.

Mr P:  Awak tak boleh jaga anak bagi saya! *tinggi suara*

Mrs T:  Kalau awak jaga anak belanja boleh jadi kurang ke? Sepatutnya awak bayar keperluan asas saja. Itu pun tak cukup, saya dulukan wang saya. Selama ini pun bukan awak hantar anak ke hulu ke hilir bila bersekolah, bla, bla..


----30 minit berlalu---

Puan pengantara :  Toleh kiri toleh kanan, **bingung**.

Perbincangan gagal.
Bawa kes ke court.
Akan menyusul kes 2.

Nota kaki:
Biasa sangat dah kes macam ni
Kenapa masa nak menambah bini tak congak habis-habisan kemampuan diri tu.
Kalau dah tanggungjawab tu buat je lah. Takde lah susahkan banyak pihak.
Menambahkan fail dan kerja saja.

No comments:

Post a Comment