Followers

Tuesday, 31 January 2012

Kes 1; Sengal

Minggu lepas ada 1 kes
Perbincangan di bilik Sokongan Keluarga antara 3 pasang mata

Mr P:  Ni hah semua hutang-hutang saya, tengok surat ni, sebab RM 1/2 juta ni saya terpaksa turun naik mahkamah tuntut partner bisnes saya bayar balik, bla, bla, bla.....ni kereta saya nak kena  tarik, bla, bla, bla...., anak saya tiga, belanja tu, belanja ni, bla, bla, bla....

Puan Pengantara:   *mendengar dan sekali sekala soal Mr P*

Mrs T:  *pandang arah lain-tunggu turn*

Puan Pengantara : OK Puan, turn Puan cakap

Mrs T : Saya datang sini nak belanja anak saya bukan nak dengar masalah dia. Nak ke masalah saya diceritakan juga di sini? Ingat saya tak ada masalah duit ke? Tanggungjawab dia yang bayar belanja anak.

Mr P:  Awak tak boleh jaga anak bagi saya! *tinggi suara*

Mrs T:  Kalau awak jaga anak belanja boleh jadi kurang ke? Sepatutnya awak bayar keperluan asas saja. Itu pun tak cukup, saya dulukan wang saya. Selama ini pun bukan awak hantar anak ke hulu ke hilir bila bersekolah, bla, bla..


----30 minit berlalu---

Puan pengantara :  Toleh kiri toleh kanan, **bingung**.

Perbincangan gagal.
Bawa kes ke court.
Akan menyusul kes 2.

Nota kaki:
Biasa sangat dah kes macam ni
Kenapa masa nak menambah bini tak congak habis-habisan kemampuan diri tu.
Kalau dah tanggungjawab tu buat je lah. Takde lah susahkan banyak pihak.
Menambahkan fail dan kerja saja.

Saturday, 28 January 2012

Alergik

Makan seafood sampai bengkak2 lebam.
Siapa pernah kena?
Mata mulut hidung telinga macam kena sengat tebuan...
Nak nafas susah sebab tekak gatal dan bengkak
(kata Dr pernah ada kes org meninggal sebab alergik, sesak nafas)















Biasanya mee kuah guna daging
Hari ni jom guna seafood, ketam.
Dah makan jangan lupa ambil ubat allergik
Kalau tak nak muka bengkak lebam

















Mee kuah mesti kena dengan cucur udang
Tiba-tiba teringatkan crabstik
Cantik ni kalau jadi cucur ketam
Kalau bab membina badan
Laju jer ideakan
Takde pantang...

Money Drop ; Duit Jatuh Berterabuq

Tajuk tak boleh blah..

Baru nak tukar gear tiba-tiba dah kena tahan polis; caitttt

Pernah tak cuba moneydrop secara online ?

Syok juga, baru dua soalan boleh jawab

Tiba-tiba yang main kat TV dah kalah.

Mau tak menjerit geram

Buang karan dah tadi....

Friday, 27 January 2012

Hati Berbunga-Bunga

Cantik!

Zakat Pendapatan

Semalam check dengan pusat zakat selangor. Banyak juga nak kena bayar zakat pendapatan padahal gaji tak seberapa. Rupanya rebate untuk seorang hanyalah RM8200. Tanya juga pegawai zakat, amaun banyak tu tak lepas pun untuk bayar kereta belanja diri sendiri. Katanya kalau amaun banyak tu kenalah rancang belanja yang berpadanan dengan jumlah tu. Setakat kereta kancil lah padanannya.
;
Nak kira zakat anda? sini
;
Rumusan yang boleh dibuat: bayarlah zakat, pokok pangkalnya ia berbalik kepada iman. Zakat adalah salah satu rukun Islam. Bila dah kena bayar tu bayarlah, jangan nak panjang-panjang cerita.Hmm...