Followers

Sunday, 4 March 2018

Jeju Mac 2018

Tak pernah terlintas nak ke Jeju. Mungkin sebab sebelum ni dah pernah ke Seoul dan lain lain tempat di South Korea. Jadi tak ada plan nak kembali ke sana atau Jeju. Tergerak hati bila ada open route by Airasia so why not. Masa booking memang tengah stress dengan kerja. Walhal bukan dapat jam jam tu travel pun. Kena tunggu 4 bulan akan datang lah. Semangat nak jalan tu tengah up masa tu tapi kerja banyak, tiket tengah mahal.

Akhirnya tiket ke Jeju telah pun dibeli dan kami sampai juga ke Jeju. Aduh, sampai je menggigil sebab suhu bawah 10C dengan angin kuat. Dari airport ambil bad ke Seogwipo sebab plan esoknya nak ke Seonsan Ilchubong. Sekali tak ada rezeki esoknya, dari pagi sampai ke petang hujan lebat angin kuat tak pernah seumur hidup alami. Rasanya angin lebih 50km/h. Nampak pintu hostel pun berkali kali tertolak sendiri dan kereta pun rasa bergoyang. Kami ke Seonsan patah balik sebab tak nampak apa apa dan payung pun terbalik. Hmmm....inilah Jeju ya. So siapa nak ke sini stay 3,4 hari supaya puashati. Kalau hari ni hujan esok masih ada.

Lagi satu tak susah pun public transport di Jeju. Kami pakai bas je, kerap je bus datang cuma bahasa lah masalah. Kami ss map dan location atau bawa map so banyak tanya org atau driver. Biarlah ada bahasa korea dekat map tu. Tempat yg ramai tourist macam Seonsan kerap je bas ada. Dari Jeju city ambil bus 210-1 atau 201 dari Gwanjang junction atau 210-2 dari jeju city Hall. Murah je tambang tak sampai 2000 won. Tak payah nak chartered taxi bagai.

Study map dan bas tu siap siap.
Di Jeju ni barang makan atau pakaian lebih mahal daripada Seoul. Kami tak shopping lah di Jeju. Cuma jalan ke pasar Oelli di Seogwipo dan Dungmon di Jeju City. Saya prefer pasar di Seogwipo, lebih teratur dan nampak bersih. Anyway takde apa sangat boleh dibeli. Harga seafood mahal tapi fresh sangat. Sabar, sabar, makan je ala kadar. Hmm kami makan di restoran seoafood di Seonsan. Not bad.